ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Wednesday, 26 September 2012

Seminar Pemantapan Bahasa Arab 2012


Saturday, 15 September 2012

Salam Imtihan Buat Semua Sahabat Di Raudhah Ilmu INSANIAH


Pejam celik, pejam celik dah pun 28 Syawal. Masa berlalu begitu pantas. Sekarang masing-masing sibuk dengan amal sanah, assignment, syafawi dan pelbagai lagi. 


Maka jangan lupa tugas kita untuk merancang persiapan peperiksaan akhir kerana apabila tiba minggu-minggu terakhir pada setiap semester selalunya akan menjadi saat-saat getir buat semua mahasiswa di mana-mana pusat pengajian tinggi.

Maka begitulah jua bagi mahasiswa INSANIAH di semester ini yang akan berhadapan dengan medan peperiksaan pada pertengahan bulan Oktober 2012. Tambahan pula sekarang musim Pesta Konvokesyen INSANIAH yang ke-14, sudah semestinya akan lebih sibuk lagi. Sudah semestinya kita perlukan persediaan lebih awal sebelum fasa minggu mengulangkaji (study week) lagi supaya tidak kalut dan terlepas pandang apa yang penting.  Jadi perlulah rancang dan uruskan masa dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan masa sahabat berlalu tanpa diisi dengan sesuatu yang dapat membantu dan menolong semasa peperiksaan nanti.

Di kesempatan yang ada ini, kami di barisan kepimpinan Ittihad Tullab Lughah Arabiah [ITLA'] tak ketinggalan untuk mengucapkan :

Salam Imtihan kepada semua rakan-rakan mahasiswa INSANIAH, selamat menempuhi peperiksaan akhir semester 2012/2013 yang akan kita hadapi pada pertengahan bulan hadapan. Manfaatkan masa yang masih berbaki sebelum antum dan antunna semua berada dalam minggu mengulangkaji (study week).

Perbanyakkan membuat latih tubi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Mintalah restu daripada kedua ibu bapa kita, moga-moga diberikan kekuatan dan semangat dalam menjawab peperiksaan nanti. Teruskan mencapai legasi kecemerlangan di Raudhah Ilmu INSANIAH ini.

Tips untuk semua :

DOA + USAHA + IKHLAS + TAWAKAL  = INSYAALLAH KEJAYAAN DI DUNIA DAN JUA DI AKHIRAT. 

"BERSAMA MEMARTABATKAN ILMU MENJANA PERADABAN DUNIA ISLAM"

Wednesday, 15 August 2012

PERUTUSAN RASMI HARI RAYA 'AIDIL FITRI


PERUTUSAN RASMI HARI RAYA 'AIDIL FITRI
ITTIHAD TULLAB LUGHAH ‘ARABIAH [ITLA’]

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat Iman dan Islam, hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang agama Allah terdahulu. Sama-samalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberikan kemudahan kepada kita semua untuk menyambut ‘Aidil Fitri Al-Mubarak ini bertepatan pula dengan cuti pertengahan semester. Tidak lupa selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul yang telah menyempurnakan misi dakwah kepada umat manusia agar mereka menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

Sahabat-sahabat yang dirahmati oleh Allah S.W.T sekalian..

Lihatlah dengan mata hati anda.. Sambutan Hari Raya ‘Aidil Fitri Al-Mubarak merupakan kesinambungan kejayaan kita menjalani ibadah puasa di madrasah Ramadhan selama satu bulan. Jiwa dan lahiriah kita telah terdidik dengan menjaga hawa nafsu dan menjauhi perkara-perkara mungkar. Maka di sini, kami di pihak Ittihad Tullab Lughah ‘Arabiah [ITLA’] menyeru kepada seluruh mahasiswa Kuliyyah Bahasa Arab khususnya dan seluruh mahasiswa Kolej Universiti Insaniah amnya untuk menjadikan intipati sambutan hari raya pada kali ini sebagai pemangkin untuk melaksanakan kerja-kerja kebaikan yang dapat memartabatkan kembali kegemilangan Islam. Percayalah bahawa kerja-kerja Islam tidak akan terlaksana dengan sempurna kecuali yang tecerna dari hati nurani yang ikhlas dan bersih di jiwa setiap individu muslim.

Sahabat-sahabat seakidah sekalian.

Justeru, kami di pihak Ittihad Tullab Lughah ‘Arabiah [ITLA’] menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk menjadikan intipati kejayaan kita apabila selesai ditarbiyyah di madrasah Ramadhan kali ini disamping bergembira di Hari Raya ‘Aidlfitri sebagai batu loncatan untuk terus maju, dengan menjadikan kecemerlangan akademik sebagai hadiah buat ummah.

Akhirnya, jadikanlah anugerah dan nikmat Allah S.W.T pada kali ini sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Pastikan hati dan jiwa kita terjaga sepanjang kita menyambut ‘Aidil Fitri kali ini, biarlah tingkahlaku kita selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT mengalir dalam jiwa umat Islam.
Selamat Hari Raya ‘Aidil Fitri 1433 H.

Kami dari barisan kepimpinan ITTIHAD TULLAB LUGHAH ‘ARABIAH [ITLA’] mengucapkan maaf zahir dan batin. Ampun dan maaf jika ada kesilapan jua kesalahan dari kami di pihak ITLA', tanpa kami sedari yang mana mungkin telah mengguris hati sahabat-sahabat.. 

“MEMARTABATKAN BAHASA MERAPATKAN UKHUWWAH”
كل عام وأنتم بخير

Monday, 6 August 2012

Kem Bahasa Arab di SMK Taman Jelutong Kulim


Nota : Untuk Melihat Gambar Dengan Jelas klik di sini


Nota : Untuk Melihat Gambar Dengan Jelas klik di sini


Nota : Untuk Melihat Gambar Dengan Jelas klik di sini


Nota : Untuk Melihat Gambar Dengan Jelas klik di sini


Nota : Untuk Melihat Gambar Dengan Jelas klik di sini


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PENASIHAT
DEKAN : DR. USAMA EL SAYED MOHAMED
TIMB. DEKAN : SHEIKH ALI BIN MOHAMED ISA

PENGARAH
KHALIDUL ANUAR BIN YUSOH

TIMBALAN PENGARAH I
MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD

TIMBALAN PENGARAH II
SHEILLAH MEI K. DIAZ

SETIAUSAHA
MUHAMMAD NUR AKMAL BIN SAFIE

TIMBALAN SETIAUSAHA
NOOR IZZATI BINTI ABD WAHAB

BENDAHARI
MUHAMMAD FAUWAZ BIN ISMAIL

TIMBALAN BENDAHARI
MAZIDAH BINTI MOHAMAD ZOL

UNIT PROTOKOL DAN MODUL
KETUA : MOHD SHAHRIZAN BIN ABDUL MUTALIB
TIMBALAN : HARLIZA BINTI BANI HASHIM

UNIT PERHUBUNGAN DAN TUGAS-TUGAS KHAS
KETUA : MUHAMMAD ADAM BIN MOHD BASRI
TIMBALAN : ATIKAH BINTI ABDUL HALIM

UNIT TEKNIKAL DAN PERSIAPAN
KETUA : MOHAMMAD SAYUTI BIN HAJI IDRIS
TIMBALAN : SYAZANA BINTI AHMAD

UNIT PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN
KETUA : AHMAD BIN MOHAMAD YUNUS @ ABDULLAH
TIMBALAN : SITI NOR HIDAYU BINTI MOHD ROSDI

UNIT HADIAH DAN CENDERAHATI
KETUA : ASYRAF BASYIR BIN AHMAD
TIMBALAN : NURUL AKMAL BINTI MD NOOR

UNIT DISPLIN DAN KESELAMATAN
KETUA : MOHD AMIRUDDIN BIN YUSOP
TIMBALAN : NUSOIBAH BIN MUSTAFA

UNIT MAKANAN DAN KEBAJIKAN
KETUA : MOHD SYAHMI ZAKWAN BIN SHAMSUDDIN
TIMBALAN : SITI NOOR ADHA BINTI BAKAR

PENDAHULUAN

Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabi'ien seluruhnya.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi keizinan buat kami, jawatankuasa Ittihad Tullab Lughah Arabiah (ITLA') mengambil inisiatif untuk mengadakan program luar INSANIAH. Peluang ini memberi ruang kepada mahasiswa INSANIAH khususnya pelajar Kulliyyah Bahasa Arab menimba pengalaman dan pengetahuan semasa mengendalikan program ini.

Matlamat program ini adalah selaras dengan tujuan pembelajaran Bahasa Arab di sekolah menengah kebangsaan antaranya ialah membolehkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa Arab iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Untuk mencapai matlamat tersebut, tidak memadai hanya dengan penyampaian ilmu di dalam kelas sahaja tanpa adanya sesi atau aktiviti sokongan yang mencerna dan menjana ilmu yang diperolehi pelajar. Oleh itu, aktiviti atau program sebegini akan membantu pelajar agar lebih aktif dan berminat mempelajari bahasa Arab dengan penuh keyakinan dan keberanian.

NAMA PROGRAM

PROGRAM MEMULIAKAN BAHASA ARAB

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Mencungkil dan mengasah bakat mahasiswa Kulliyyah Bahasa Arab dalam mengendalikan pelajar sekolah menengah menguasai bahasa Arab dan kemahiran bertutur.
  2. Membantu untuk membina keyakinan diri mahasiswa dan pelajar sekolah menengah untuk bertutur dalam bahasa Arab di hadapan khalayak ramai.
  3. Berkongsi ilmu dan kemahiran khusus bahasa Arab dengan pelajar sekolah menengah agar mereka mampu merancang wawasan sendiri dan merangka tindakan bagi mencapai wawasan belajar bahasa Arab.
  4. Meluaskan minda pelajar memahami konsep dan seni bahasa arab yang pelbagai.
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Jelutong.
PENUTUP

Kejayaan dan kelancaran program ini adalah bergantung kepada kerjasama semua pihak. Pihak Jawatankuasa Program Memuliakan Bahasa Arab menggunakan peluang ini untuk menabur bakti demi membantu adik-adik pelajar SMK Taman Jelutong agar dapat menguasai bahasa Arab dan mencapai objektif yang disasarkan.

Friday, 27 July 2012

Simposium Lughawi 2012




Tuesday, 24 July 2012

Mufrodaat



Sunday, 22 July 2012

MEMBERSHIP FORM


BORANG KEAHLIAN ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH (ITLA')
PLEASE USE CAPITAL LETTERS


NAME:
I/C @ PASSPORT NUMBER:
DATE OF BIRTH:
AGE:
SEX:
STATUS
COUNTRY:
IF FROM OTHER COUNTRIES PLEASE STATE HERE :
HOBBIES:
PLACE OF BIRTH:
POSTAL ADDRESS:
MOBILE NUMBER:
EMAIL:
SECONDARY SCHOOL
INSTITUTION:
COURSES/PROGRAMME:
YEAR OF STUDY :
SKILLS IN PROGRAMS: MODUL & ACTIVITIES
FACILITATOR
TECHNICIAN
PUBLIC RELATION
CATERING
IBADAH
DISCIPLINE
SPORT & GAMES
PROTOCOL
MC (PENGERUSI MAJLIS)
OTHERS
IF ANY PLEASE STATE HERE:
DECLARATION: I declare that all the above information is true.I also promised to commit the best to ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH (ITLA').


Pesanan : Untuk melihat borang ini, sila klik di sini

Sunday, 8 July 2012

Video Saff Kepimpinan ITLA' Sesi 2012/2013


PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH ditubuhkan pada tahun 2009, hasil perbincangan dua hala di antara mantan Dekan Kuliyyah Bahasa Arab, Prof. Madya Dr. Mohd Bakhir bin Haji Abdullah (AMK) bersama semua pelajar Tahun Empat Kulliyyah Bahasa Arab dan kemudiannya bersetuju untuk melantik barisan exco yang dipimpin oleh saudara Muhyiddin bin Ishak yang merupakan Presiden Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah yang pertama bagi sesi 2009/2010. Pada sesi 2010/2011, Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Syafiq bin Ishak bagi menyambung tugas dan amanah yang telah dipikul oleh mantan pengerusi yang lepas.
Pada sesi 2011/2012, di mana hasil perbincangan semula bersama Dekan Kulliyyah Bahasa Arab, Dr. Usama El Sayed Mohamed dan Timbalan Dekan Kulliyyah Bahasa Arab,  Sheikh Ali Mohamed Isa disepakati oleh semua barisan ahli jawatankuasa Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab yang baru dilantik untuk sesi 2011/2012 telah bersetuju untuk membuat penjenamaan semula PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB kepada ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH (ITLA’) Kini, ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH diterajui oleh Presidennya, saudara Khalidul Anuar bin Yusoh bersama barisan ahli jawatankuasanya membawa visi, misi dan moto persatuan yang baru bermula pada sesi 2012/2013.
VISI
  • Melahirkan generasi mahasiswa yang fasih berbahasa Arab dengan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
MISI
  1. Memberi peluang khidmat sukarela di kalangan mahasiswa INSANIAH untuk membangunkan aktiviti-aktiviti yang boleh menjadikan Kolej Universiti Insaniah dalam "Biah Arabiah".
  2. Membentuk mahasiswa INSANIAH yang fasih dan faqih dalam berbahasa Arab agar dapat menjadi ulama’ dan professional selepas bergelar graduan.
  3. Melahirkan mahasiswa INSANIAH yang mampu menyelidik, menterjemah dan mendalami ilmu-ilmu agama yang ada di dalam kitab-kitab Thurath yang kebanyakannya dalam Bahasa Arab.
MOTO
" MEMANTAPKAN BAHASA MERAPATKAN UKHUWWAH "

Monday, 14 May 2012

BARISAN EXCO ITLA' SESI 2012/2013


MAJLIS TERTINGGI


PENAUNG DAN MUSYRIF
DEKAN : DR. USAMA EL SAYED MOHAMED
TIMBALAN DEKAN : SHEIKH ALI BIN MOHAMED ISA

PENASIHAT
MOHD SHAHRIZAN BIN ABDUL MUTALIB
HARLIZA BINTI BANI HASHIM

PRESIDEN
KHALIDUL ANUAR BIN YUSOH

TIMBALAN PRESIDEN
SHEILLAH MEI K.DIAZ

SETIAUSAHA
MUHAMMAD NUR AKMAL BIN SAFIE

TIMBALAN SETIAUSAHA
NOOR IZZATI BINTI ABD WAHAB

BENDAHARI
MUHAMMAD FAUWAZ BIN ISMAIL

TIMBALAN BENDAHARI
MAZIDAH BINTI MOHAMAD ZOL

SENARAI UNIT/BIRO ITLA'

LAJNAH AKADEMIK
KETUA : ASYRAF BASYIR BIN AHMAD
TIMBALAN : NUSAIBAH BINTI MUSTAFA

LAJNAH KEBAJIKAN
KETUA : MOHD ASYRAF BIN MANSOR
TIMBALAN : SITI NOOR ADHA BINTI BAKAR

LAJNAH PENERBITAN
KETUA : MOHAMMAD SAYUTI BIN HAJI IDRIS
TIMBALAN : SYAZANA BINTI AHMAD

LAJNAH TEKNIKAL
KETUA : MOHD AMIRUDDIN BIN YUSOP
TIMBALAN : NURUL AKMAL BINTI MD NOOR

LAJNAH ANTARABANGSA
KETUA : AHMAD BIN MOHAMAD YUNUS @ ABDULLAH
TIMBALAN : SITI NOR HIDAYU BINTI MOHD ROSDI

IKRAR BARISAN EXCO ITLA'

    
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

KAMI AHLI JAWATANKUASA

ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

DENGAN INI BERIKRAR DAN BERJANJI

AKAN CUBA UNTUK MENYEMPURNAKAN

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA KAMI

TANPA MENYANGGAH

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN

KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

.................................

KAMI JUGA

AKAN CUBA UNTUK 

MEMPERJUANGKAN HAK SERTA KEBAJIKAN

KHUSUSNYA MAHASISWA MAHASISWI

KULLIYYAH BAHASA ARAB

DEMI UNTUK MEMARTABATKAN LAGI

BAHASA ARAB DI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

SEKALIGUS MEREALISASIKAN

MATLAMAT DAN TUJUAN

SERTA HALA TUJU PENUBUHAN

ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

ILTIZAM




Di depan sana harapan menantikan 
Munculnya wahana sinar kejayaan 
Yang bisa bangun setelah direbahkan 
Diratap kecewa sepi sendirian 

Iltizam kita perlulah ditingkatkan 
Sahsiah kan hebat menyerlah 
Iman kita itulah kekuatan 
Berjihad di segala bidang 

Bukalah minda kan terlihat rahsia 
Apa yang difikir menyingkap yang zahir 
Betapa bijana kebijaksanaan 
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan 

Nilai hidupkan bererti 
Maruah dihargai 
Islam terus dihormati 
Indah dihayati 

Iltizam kita perlulah ditingkatkan 
Sahsiah kan hebat menyerlah 
Iman kita itulah kekuatan 
Berjihad di segala bidang 

Bukalah minda kan terlihat rahsia 
Apa yang difikir menyingkap yang zahir 
Betapa bijana kebijaksanaan 
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan 

Nilai hidupkan bererti 
Maruah dihargai 
Islam terus dihormati 
Indah dihayati 

Sandiwara tipuan khayalan 
Kejahilan mainan syaitan 
Emosi bukanlah penyelesaian 
Wibawa semoga yang beriltizam

Sunday, 13 May 2012

قواعد اللغة العربية




Teka-teki Bahasa Arab





Saturday, 12 May 2012

Sejarah Bahasa Arab


Sejarah Bahasa Arab di Kepulauan Melayu
Sumber : http://pba-upsi.blogspot.com

TARIKH kedatangan bahasa Arab ke kepulauan Melayu secara umum dan ke Malaysia secara khusus masih belum dapat dipastikan dengan tepat. Walau bagaimanapun, oleh kerana bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan al-Hadis yang menjadi sumber perundangan Islam, tarikh kedatangannya tidaklah sukar ditentukan jika ia dihubungkaitkan dengan tarikh kedatangan Islam.

Kedatangan Islam bermakna kedatangan bahasa Arab kerana kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Bahkan kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Islam tidak akan dapat disebarkan tanpa bahasa Arab sebagai perantaraan. Tanpa Islam sebagai isi kandungan, bahasa Arab berkemungkinan besar tidak membawa apa-apa erti dan tidak akan berkembang seperti sekarang.

Sebenarnya berbagai teori kedatangan Islam ke alam Melayu telah dikemukakan dan dibincangkan secara panjang lebar oleh sarjana tempatan dan sarjana Barat. Perbezaan antara teori tersebut adalah berkaitan dengan tarikh, daerah dan faktor kedatangannya.

Secara umumnya terdapat tiga teori utama tentang bagaimana cara kedatangan Islam dan tarikhnya iaitu sama ada melalui pedagang dan mubaligh Arab atau pedagang India atau pedagang Cina.

Fatimi S.Q. berpendapat kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah secara berperingkat-peringkat. Hubungan paling awal ini dianggarkan bermula pada tahun 671 Masihi iaitu pada abad ke-7 Masehi.

Hamka pula menyatakan bahawa ahli sejarah Sir Thomas Arnold mengandaikan kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah pada abad pertama Hijrah berdasarkan wujud hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Kanton dan Ceylon.
Sacad Syukri pada tahun 1971 berpendapat bahawa Islam telah bertapak di kepulauan Melayu sebelum tahun 1188 yang bersamaan tahun 577 Hijrah. Ini berikutan penemuan wang siling dalam bentuk tulisan al-Mutawakkil dan al-Julus Kelantan pada tahun tersebut yang menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah wujud di bawah kepimpinan al-Mutawakkil.

Menurut Wan Husain Azmi, orang Arab telah mengenali Tanah Melayu sejak zaman kerajaan Bani Umayyah (dari tahun 661 sehingga tahun 679, iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyyah Abi Sufyan). Kerajaan Bani Umayyah dikatakan telah merancang untuk menghantar armadanya ke Tanah Melayu pada tahun 674.

Namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan apabila mengetahui Tanah Melayu diperintah oleh raja yang adil. Walau bagaimanapun rombongan perdagangan Arab telah datang ke Tanah Melayu dan membuat hubungan dengan orang Melayu pada kurun ke-7 iaitu pada 674 kerana sudah terjalinnya hubungan perniagaan orang Arab dengan orang China dan orang India. Sehubungan itu terdapat kemungkinan bahawa perkataan 'Melaka' adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu 'Mulq?' atau 'Multaq?' yang bermakna tempat pertemuan.

Ada ahli sejarah lain pula menyatakan pendapat yang paling berasas iaitu melalui pedagang Arab secara langsung semenjak kurun pertama hijrah lagi iaitu sekitar abad ke-7 dan ke-8. Pandangan beliau disokong oleh sarjana tempatan yang telah menetapkan tarikh kedatangannya pada sekitar abad ke-7, 8 dan ke-9.

Namun kebanyakan sarjana Barat lebih cenderung melewatkan tarikh kedatangan tersebut, iaitu pada abad ke-13 berdasarkan catatan Dinasti Yuan di China dan laporan pengembaraan Marco Polo. Antara sarjana Barat tersebut ialah D.G. Hall yang mengandaikan kedatangan tersebut adalah pada abad ke-15.

Dalam konteks Tanah Melayu, seperti halnya dengan peringkat lain alam Melayu, sarjana tempatan dan sarjana Barat telah memberikan tarikh yang jauh berbeza. Menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas, tarikh yang tercatat pada batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu, iaitu 4 Rejab 702 Hijrah yang bersamaan dengan 22 Februari 1303 menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah pada abad ke-14 atau lebih awal daripada itu.

Seterusnya Abdul Rahman Abdullah pada 1990 berpendapat Islam sampai ke Tanah Melayu pada tahun 30 Hijrah iaitu pada zaman Khalifah Uthman Affan (644-656 Masihi).

Berdasarkan perbincangan di atas, perbezaan pendapat hanyalah berkisar tentang tarikh, daerah dan faktor kedatangan Islam. Suatu hal yang pasti ialah kedatangan Islam ke kepulauan Melayu bermakna kedatangan bahasa Arab ke kepulauan Melayu dan penerimaan Islam oleh orang Melayu bermakna penerimaan istilah-istilah bahasa Arab telah diterima pakai oleh orang Melayu.

Masyarakat Melayu ketika itu secara umumnya mudah menerima istilah-istilah Arab dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu kita berasa yakin untuk menggunakan faktor ini sebagai asas kukuh dalam pembelajaran bahasa Arab di Malaysia.

Secara teorinya, jika perbendaharaan kata dan istilah Arab mudah diterima, diguna pakai dan dijadikan sebagai sebahagian daripada Bahasa Melayu sejak berzaman maka sudah tentu masyarakat Melayu sekarang ini mudah untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

Peranan ITLA'



Kita tidak dapat menafikan sehari-harian kita bercakap atau bertutur dalam Bahasa Arab, sama ada disedari atau tidak. Contohnya dalam solat kita bertutur dalam Bahasa Arab tetapi kadang-kadang kita tidak faham kesemua maksudnya. Oleh itu akan menyebabkan kurang khusyuk jika sekiranya kita tidak memahami akan maksud apa yang kita bacakan di dalam solat kita. Sebenarnya untuk belajar Bahasa Arab adalah tidak sesusah yang disangka. Sepertimana kata pepatah, "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan". Kebanyakan daripada kita pada hari ini memandang sepi akan bahasa ini dan lebih kepada bahasa-bahasa lain di dunia. Tidak ada salahnya mempelajari bahasa ini dan juga bahasa lain kerana semuanya adalah datang daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Apa-apa pun dengan adanya kesungguhannya daripada semua pihak, insya-Allah diharap sama-sama kita dapat menguasai Bahasa Arab kerana sesungguhnya Bahasa Arab itu adalah bahasa Al-Quran dan juga bahasa Syurga. Pada permulaan ini, marilah kita sama-sama berkongsi ilmu Bahasa Arab. Kepada ahli-ahli yang sudah mahir boleh membantu dengan memberi komen yang sewajarnya.

Pihak kami sangat berharap dapat membantu sesiapa sahaja untuk menguasai Bahasa Arab ini. Di harap usaha yang sedikit ini akan mendapat ganjaran daripada-Nya. Pertamanya seperti anda mempelajari Bahasa Inggeris memerlukan kamus begitu juga dengan mempelajari Bahasa Arab. Pelbagai kamus sudah ada di pasaran sekarang. Berbelanjalah sedikit untuk mendapatkan manfaat yang banyak.

Maka, program-program yang disusun dan dilaksanakan oleh persatuan ini adalah bertujuan untuk membantu mahasiswa dan mahasiswi dalam menguasai Bahasa Arab itu sendiri. Selain itu, ia memberikan pendedahan tentang kepentingan dan kelebihan Bahasa Arab masa kini. Pihak persatuan juga telah menjemput para pensyarah untuk turut serta bagi menyampaikan teknik-teknik menguasai Bahasa Arab malah bagi mengungkapkan keajaiban Bahasa Arab serta membina karier atau kerjaya dan masa hadapan mahasiswa dan mahasiswi apabila bergelar graduan INSANIAH nanti. Di mana ia menjurus ke arah pembinaan minat mahasiswa dan mahasiswi dalam penguasaan Bahasa Arab malah meneruskan kesinambungan persatuan untuk memartabatkan Bahasa Arab di dalam kampus mahupun di luar kampus. 

Friday, 11 May 2012

About ITLA's logo






Thursday, 10 May 2012

Kolej Universiti Insaniah (KUIN)


OBJEKTIF KUIN

  • Melahirkan golongan berpengetahuan Islam dan kemahiran profesional yang menghayati Islam.
  • Membangunkan ummah berlandaskan aqidah ahlussunnah wal jama'ah yang berfikiran terbuka, rasional, bervisi jauh, berketerampilan dan berkeyakinan teguh.
  • Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk dimanfaatkan.
  • Menggunakan teknologi maklumat dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik.
  • Menjalinkan hubungan akademik di peringkat antarabangsa.
  • Melahirkan generasi bertaqwa, berakhlak mulia, personaliti yang seimbang, harmonis dan holistik.

VISI KUIN

  • Menjadi sebuah universiti yang sentiasa dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam usahanya memperkasakan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.


MISI KUIN
  • Mencapai kecemerlangan melalui penyebaran, penerokaan dan proses Islamisasi ilmu.


FALSAFAH KUIN
  • Mengagungkan ilmu hakiki, membina, mengamal dan menyebarkan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat melalui:

              i. Gabungan ilmu dan peradaban yang tulen.
              ii. Gabungan kajian-kajian serta aktiviti-aktiviti duniawi dan ukhrawi.

MOTO KUIN
  • "Penerokaan Ke Arah Kebijaksanaan"


Polisi Undang-undang dan Peraturan Berpersatuan


KEHADIRAN KE MESYUARAT
  • MT dan AJK persatuan WAJIB menghadiri semua mesyuarat yang dijalankan oleh persatuan sepanjang semester pengajian kecuali jika ada alasan yang kukuh atau atas sebab keuzuran. 
  • Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan susulan akan dibuat bagi ketidakhadiran ke mesyuarat sekiranya gagal berbuat demikian. 

 PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN DAN TINDAKAN DISIPLIN
  • Peraturan persatuan adalah menjadi peraturan yang paling asas. Peraturan yang ditetapkan ini mesti dipatuhi oleh semua MT dan AJK setiap unit atau biro. 
  • MT atau mana-mana AJK unit yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. 
  • Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: 
  1. Amaran lisan
  2. Amaran bertulis
  3. MT atau AJK unit yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Penasihat atau Musyrif (penasihat di kalangan pensyarah) persatuan secara bertulis dan keputusan Penasihat atau Musyrif (penasihat dari kalangan pensyarah) adalah muktamad. 

TANGGUNGJAWAB AHLI
  • Setiap ahli persatuan perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
  • Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
  • Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti wajib yang dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang semester pengajian.

32 Etika Semasa Bermesyuarat


  1. Datang tepat pada masanya atau hadir awal. Sekiranya tidak boleh hadir awal, elakkan dari terlewat, setidak-tidaknya datang tepat pada waktu mesyuarat bermula. Sekiranya terlewat, masuk dengan senyap tanpa melakukan perkara yang boleh menarik perhatian orang lain. 
  2. Apabila dipanggil menghadiri mesyuarat, pastikan untuk memberi maklum balas. 
  3. Jangan mengharapkan orang lain untuk hadir sebagai ganti di dalam mesyuarat. 
  4. Bersedia dengan pen dan kertas. 
  5. Mulakan mesyuarat dengan membaca Ummul Kitab (Al-Fatihah). 
  6. Sekiranya perlu membuat pembentangan, pastikan power point atau lampiran telah disediakan. Lampiran hendaklah diserahkan kepada pihak yang terlibat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mesyuarat. 
  7.  Jangan mengganggu pengacara kecuali sekiranya dipinta untuk memberikan pendapat secara terbuka dalam mesyuarat. Jangan mengganggu ahli lain yang sedang membentangkan maklumat. 
  8. Jangan berbual dengan ahli lain ketika bermesyuarat. Ini akan mengganggu tumpuan ahli yang lain serta tumpuan pengacara. 
  9. Pastikan alat elektronik seperti telefon bimbit di dalam mode senyap. Sekiranya terlupa untuk mematikan telefon bimbit, jangan jawab panggilan ketika bermesyuarat. 
  10. Sekiranya ingin bertanyakan soalan, angkat tangan dan tunggu sehingga dipinta meluahkan pertanyaan. 
  11. Jangan bertanyakan soalan yang panjang. Pecahkan kepada beberapa bahagian dan bertanya satu perkara pada satu-satu masa. 
  12. Dengar dengan teliti setiap maklumat yang telah disampaikan dan soalan yang telah ditanyakan. Elakkan bertanyakan soalan yang sama berulang kali. 
  13. Sentiasa bertenang dan menumpukan perhatian. Jangan lakukan perkara yang boleh mengganggu perhatian orang lain atau membaca bahan bacaan yang tidak berkaitan mesyuarat. Sentiasa tenang walaupun isu yang dibincang agak panas. 
  14. Hadir keseluruhan mesyuarat, kecuali sekiranya perlu dan mendapat kebenaran pulang awal. Tanamkan di dalam fikiran, bahawa pulang awal akan mengganggu penumpuan ahli yang lain dan tidak menghormati pengacara. 
  15. Berpakaian secara profesional untuk menghadiri mesyuarat. 
  16. Sekiranya kedudukan tempat duduk telah ditetapkan, terima dangan rela. Sekiranya tidak pasti, bertanya. 
  17. Di dalam perbincangan, benarkan orang yang lebih kanan untuk memberi cadangan dahulu. 
  18. Bercakap dengan tepat dan padat serta pastikan ianya relevan. 
  19. Jangan sampaikan maklumat yang telah dibincangkan kepada pihak lain yang tidak berkaitan. Setiap perkara yang dibincangkan harus dianggap sulit. 
  20. Tetapkan had masa mesyuarat dan akhiri tepat pada masanya. 
  21. Ikut agenda mesyuarat yang telah dirancangkan. Tetapkan agenda sebelum mesyuarat dan disampaikan kepada ahli lain sebelum mesyuarat. 
  22. Tampilkan diri anda secara profesional. Tunjukkan pengetahuan dan kefahaman anda. 
  23. Berterima kasih kepada pengerusi yang mengatur mesyuarat sebagai tanda hormat. 
  24. Sekiranya mesyuarat terkeluar dari agenda, ingatkan peserta lain untuk mengikut agenda yang ditetapkan dan cadangkan perkara lain dibawa ke mesyuarat seterusnya. 
  25. Berikan reaksi yang positif terhadap permintaan pengerusi mesyuarat. 
  26. Sekiranya tujuan mesyuarat untuk membincangkan masalah, pastikan anda mengutarakan cadangan untuk menyelesaikan masalah ini. 
  27. Sekiranya ada ahli yang tidak hadir, sampaikan segala maklumat yang telah dibincangkan. 
  28. Bersopan-santun dan hormati orang lain. Jangan menghina atau menggunakan kata-kata yang kurang sopan. 
  29. Berikan sepenuh perhatian terhadap mesyuarat, jangan bermain mesej, menghantar email, bersolek, memotong kuku, menyikat rambut dan lalin-lain. Ini bukanlah tempat yang sesuai. 
  30. Pastikan “eye contact” 80 - 90 % sepanjang masa. 
  31. Apabila mesyuarat telah berakhir, simpulkan segala aktiviti yang perlu dilakukan, penyelesaian yang telah dicapai dan isu yang masih perlu dibincangkan. Jangan lupa untuk berterima kasih dan meminta maklum balas kepada ahli yang hadir. 
  32. Pastikan menangguhkan mesyuarat dengan membaca tasbih Kaffaratul Majlis dan Suratul ‘Asr.

Portfolio MT (Majlis Tertinggi)



TUGAS MAJLIS TERTINGGI

  • Membuat kertas kerja serta  melaksanakan program yang boleh melibatkan semua mahasiswa dan mahasiswi jurusan Bahasa Arab dapat turut serta.
  • Bertanggungjawab terhadap pembinaan carta organisasi persatuan serta membentuk jati diri mahasiswa dan mahasiswi jurusan Bahasa Arab dalam menguasai Bahasa Arab.  

PRESIDEN
  • Bertanggungjawab ke atas MT dan AJK setiap unit.
  • Bertanggungjawab memastikan Visi, Misi, Objektif dan Polisi persatuan dilaksanakan mengikut tanda aras yang betul.
  • Bertanggungjawab merancang aktiviti dan menyusun program-program Majlis Tertinggi.
  • Bertanggungjawab menyediakan takwim program persatuan.
  • Bertanggungjawab memastikan perancangan persatuan berjalan mengikut perancangan yang telah disusun.
  • Bertanggungjawab memantau gerak kerja Majlis Tertinggi.
  • Bertanggungjawab terhadap mesyuarat persatuan pada setiap bulan atau minggu.
  • Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.
  • Mengetuai persatuan, ahli dan semua jawatan lain
  • Membuat keputusan setelah berbincang dengan semua MT.
  • Sedia memikul tanggungjawab MT lain.
  • Mempertimbangkan semua keputusan.
  • Back up MT lain dan semua ahli persatuan.
TIMBALAN PRESIDEN
  • Membantu presiden dalam semua portfolio presiden dan hal persatuan.
  • Menggantikan presiden dalam sebarang majlis dan sebagainya sekiranya pengerusi mengalami kekangan.  
  • Bertanggungjawab terhadap ketua-ketua unit/biro.  
  • Menjadi ketua dalam perbincangan sekiranya presiden tidak hadir.
  • Menjadi tempat rujukan ahli persatuan.
  • Back up MT lain dan semua ahli
  • Mengemaskini blog.
SETIAUSAHA
  • Bertanggungjawab melaksanakan system fail dan surat-menyurat Majlis Tertinggi dan biro-biro.
  • Menyebarkan maklumat, membuat memo kepada MT dan AJK unit mengenai mesyuarat persatuan.
  • Membuat minit mesyuarat pada setiap kali mesyuarat persatuan.
  • Membuat laporan persatuan.
  • Mengumpul dan menyelaraskan laporan setiap biro pada setiap sebulan sekali.
  • Memeriksa fail setiap MT dan biro semasa mesyuarat bulanan persatuan.
  • Bertanggungjawab terhadap setiausaha setiap biro/unit.
  • Bertanggungjawab terhadap pembinaan takwim dan kemas kini jadual takwim persatuan.   
  • Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.
  • Mempunyai rekod semua aktiviti.
  • Merekod semua maklumat terkini ahli persatuan.
  • Mengupdate sebarang maklumat terkini di blog.
  • Menyediakan laporan lengkap persatuan dalam laporan agung persatuan.
  • Menguruskan urusan keluar masuk surat-surat yang berkaitan dengan persatuan.
  • Menyediakan & membentangkan laporan tahunan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
TIMBALAN SETIAUSAHA
  • Membantu Setiausaha melaksanakan system fail dan surat-menyurat Majlis Tertinggi dan biro-biro.
  • Berperanan membantu Setiusaha menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya serta menjalankan apa-apa kerja yang diserahkan oleh Presiden kepadanya.

BENDAHARI
  • Bertanggungjawab sebagai pengawal kewangan persatuan.
  • Menyelaras perbelanjaan aktiviti kewangan Majlis Tertinggi dan setiap biro/unit.
  • Mendapatkan data keluar masuk aktiviti kewangan Majlis Tertinggi dan biro-biro sebulan sekali semasa mesyuarat persatuan.
  • Bertanggungjawab terhadap bendahari setiap biro/unit.
  • Memberi pendapat dan pandangan terhadap semua isu.
  • Memegang wang persatuan.
  • Menerima bayaran yuran persatuan.
  • Membuat keputusa ke atas perbelanjaan duit persatuan.
  • Menyediakan laporan lengkap perbelanjaan duit persatuan dalam laporan agung persatuan.
TIMABALAN BENDAHARI
  • Bertanggungjawab sebagai pengawal kewangan persatuan.
  • Berperanan membantu Bendahari menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya serta menjalankan apa-apa kerja yang diserahkan oleh Presiden kepadanya.

ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH ( ITLA’ )


PENDAHULUAN

PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH ditubuhkan pada tahun 2009, hasil perbincangan dua hala di antara mantan Dekan Kuliyyah Bahasa Arab, Prof. Madya Dr. Mohd Bakhir bin Haji Abdullah (AMK) bersama semua pelajar Tahun Empat Kulliyyah Bahasa Arab dan kemudiannya bersetuju untuk melantik barisan exco yang dipimpin oleh saudara Muhyiddin bin Ishak yang merupakan Presiden Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah yang pertama bagi sesi 2009/2010.

Pada sesi 2010/2011, Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Syafiq bin Ishak bagi menyambung tugas dan amanah yang telah dipikul oleh mantan pengerusi yang lepas.

Pada sesi 2011/2012 ini, di mana hasil perbincangan semula bersama Dekan Kulliyyah Bahasa Arab, Dr. Usama El Sayed Mohamed dan Timbalan Dekan Kulliyyah Bahasa Arab,  Sheikh Ali Mohamed Isa disepakati oleh semua barisan ahli jawatankuasa Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab yang baru dilantik untuk sesi 2011/2012 telah bersetuju untuk membuat penjenamaan semula PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB kepada ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH (ITLA’) 

Kini, ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH diterajui oleh Presidennya, saudara Khalidul Anuar bin Yusoh bersama barisan ahli jawatankuasanya membawa visi, misi dan moto persatuan yang baru bermula pada sesi 2011/2012.

VISI

  • Melahirkan generasi mahasiswa yang fasih berbahasa Arab dengan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
MISI
  1. Memberi peluang khidmat sukarela di kalangan mahasiswa INSANIAH untuk membangunkan aktiviti-aktiviti yang boleh menjadikan Kolej Universiti Insaniah dalam "Biah Arabiah".
  2. Membentuk mahasiswa INSANIAH yang fasih dan faqih dalam berbahasa Arab agar dapat menjadi ulama’ dan professional selepas bergelar graduan.
  3. Melahirkan mahasiswa INSANIAH yang mampu menyelidik, menterjemah dan mendalami ilmu-ilmu agama yang ada di dalam kitab-kitab Thurath yang kebanyakannya dalam Bahasa Arab.
MOTO

" MEMANTAPKAN BAHASA MERAPATKAN UKHUWWAH "

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH