'WELCOME TO ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH WEBBLOG' ------- SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH ----- اهـــــــــلا و سهــــــــلا و مرحـــــــبا بــــــكم إلى هــــــنا
ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH
~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Sunday, 14 October 2012

Jom Kenali Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH



DEKAN KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH
Nama: Dr. Usama El Sayed Mohamed
Kelulusan: Ph.D (Khortoum), M.A.(Khortoum), B.A.(Khortoum)
Bidang Kepakaran: Adab dan Falsafah
Ph.D - Bahasa Arab - 1991, Universiti Khartoum,Sudan, 
MA - Sastera Arab – 1983 Universiti Khartoum,Sudan, 
BA - Sastera Arab - 1979 Universiti Khartoum,Sudan

Pembantu Tadbir : 
Siti Roslina Binti Mohamad Hanafiah

TIMBALAN DEKAN KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH
Nama: Sheikh Ali Mohamed Isa
Kelulusan: M.A.( Pennsylvania, USA) , B.A.(Al-azhar)
Bidang Kepakaran: Sastera Arab dan Nahu, Sejarah & Tamadun Islam

PARA PENSYARAH KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH

Nama: Dr. Abdul Ghani Md Din.
Kelulusan: PhD. Bahasa Arab, M.A. Bahasa Arab, B.A. Bahasa Arab (Al-Azhar)
Bidang Kepakaran: Nahu dan Sarf

Nama: Dr. Mohamed Aziz Abdel Maqsud Sayed Ahmad
Kelulusan: Ph.D (Al-Fayoum), M.A.(Al-Fayoum), B.A.(al-Fayoum)
Bidang Kepakaran: Nahu, Sarf dan 'Arudh
Ph.D - Bahasa Arab - 2005 Universiti Al-Azhar, 
MA - Bahasa Arab - 2001 Universiti Al-Azhar, 
BA - Bahasa Arab - 1996 Universiti Al-Azhar

Nama: Dr. Antar Mohamed Abdel Kerim Hassan
Kelulusan: Ph.D (Al-Azhar), M.A.(Al-Azhar), B.A.(Al-Azhar)
Bidang Kepakaran: Nahu
Ph.D - Bahasa Arab - 2006 Universiti Al-Azhar, 
MA - Bahasa Arab - 1998 Universiti Al-Azhar, 
BA - Bahasa Arab - 1988 Universiti Al-Azhar.

Nama: Dr. Abdel Satar Abdul Wahab Ayoub Othman
Ph.D - Islamic History - 2007 Universiti Minia, 
MA - Islamic History - 2002 Universiti Al-Faiyum, 
BA - Bahasa Arab - 1988 Universiti Minia

Nama: Dr. Mohamed Ismail Mohamed
Ph.D - Bahasa Arab (International Islamic University Islamabad Pakistan) ,
M.A.- Bahasa Arab (International Islamic University Islamabad Pakistan), 
B.A.- Bahasa Arab (International Islamic University Islamabad Pakistan)

Nama: Dr. Ahmed Mohamed Ali Al Teraifi
Ph.D - Bahasa Arab - 2005 University Omdurman Islamic , Sudan, 
MA - Bahasa Arab - 2003 University Of Science & Technology , Sudan, 
BA - Bahasa Arab - 1999 University Of Islamic Sciences & Holy Quran , Sudan

Nama: Dr. Ibrahim Babikir El-Hag Abd El-Gadir
Ph.D - Bahasa Arab - 2005 University Omdurman Islamic , Sudan, 
MA - Bahasa Arab - 2001 University International Of African , Sudan, 
BA - Bahasa arab - 1995 Universiti Al Quran Al-Kareem, Sudan

Nama: Dr. Abdirizak Hussein Qalib
Ph.D - Bahasa Arab (Universiti Kebangsaan Malaysia) , 
M.A.- Bahasa Arab ( Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - IIUM), 
B.A.- Bahasa Arab (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - IIUM)

Nama: Dr. Mohammed Abdul Aziz Mohammed Ahmedel Tigani
Ph.D - Bahasa Arab - 2005 University Of Science & Technology , Sudan, 
MA - Bahasa Arab - 2001 University Of Science & Technology , Sudan, 
BA - Bahasa Arab - 1995 Universiti Al Quran Al-Kareem, Sudan.


Nama: Dr. Ahmad Hasan Raja Hawatmeh
Ph.D Bahasa Arab (Universiti Kebangsaan Malaysia), 
M.A. Bahasa Arab (Universiti Kebangsaan Malaysia), 
B.A. Bahasa Arab (Universiti Yarmouk)

TUTOR
Nama: Ustazah Ummu Hani Binti Abas
BA- Bahasa Arab – 2009, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kulliyyah Bahasa Arab

Pengenalan 

Kulliyyah Bahasa Arab Kolej Universiti Insaniah diasaskan seiring dengan penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH) pada tahun 1996, pada ketika itu INSANIAH hanya menawarkan Diploma dan Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab 3 + 1 secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar Mesir, sehingga tahun 2007. Walau bagaimanapun bermula tahun 2004, Kulliyyah ini menawarkan Program sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Kepujian yang telah mendapat Akditasi penuh dari agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kini Kulliyyah Bahasa Arab telah berada sebaris dengan kulliyyah - kulliyyah yang lain di dunia apabila pihak MQA telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada kulliyyah ini untuk menjalankan dua program tambahan iaitu MA & Phd Bahasa Arab dengan kelulusan ruj MQA : PA 9803 bertarikh 24 Ogos 2009, dibahagikan kepada No. Rujukan PA 9861 ( Ijazah Sarjana Bahasa Arab ) dan PA 9862 (Ijazah Doktor Falsafah Bahasa Arab).

VISI

Menjadikan KUIN sebuah Universiti bertaraf antarabangsa dirantau Utara Malaysia. Melahirkan penyelidikan yang mampu menangani isu-isu Bahasa Arab di era globalisasi.

MISI

Melahirkan penyelidikan Bahasa Arab bertaraf antarabangsa menjana ilmu dalam semua bidang.

Objektif Umum:

Menyokong pencapaian matlamat Kolej Universiti Insaniah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam bertaraf dunia dan menawarkan pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ berilmu, beramal dan bertaqwa. Program Kulliyyah Bahasa Arab ini diharap dapat melahirkan intelek muslim yang berilmu tinggi serta mantap amalan Islam khususnya dalam bidang kesusasteraaan arab, penggunaan bahasa dan kaedah-kaedahnya. Mereka juga diharap dapat menjadi generasi pemimpin di masa hadapan sekali gus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, cendekiawan islam, pengurus, pentadbir usahawan yang efisien selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan negara. Usaha ini adalah bagi menyahut cabaran alaf baru untuk melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan ilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Objektif Khusus:

Menawarkan program pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ dan profesional Islam yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
Membantu membangunkan ummah yang berilmu serta mengamalkan ajaran Islam berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menjalankan penyelidikan dan perundingan untuk pembangunan ilmu Islam dan insan demi kepentingan ummah.

Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi terkini dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik.


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Program Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian

· Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM), atau

· Lulus sijil-sijil lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan diperakui oleh Senat Kolej Universiti Insaniah,atau

· Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM),atau

· Lulus Matrikulasi atau setaraf sekurang-kurangnya NGMP2.00 dan diluluskan oleh Senat Kolej Universiti Insaniah, atau

· Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti Insaniah,dan

· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (kepada warganegara Malaysia sahaja)


Program Sarjana 

· Mempunyai Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya Kelas Kedua bawah (Jayyid) dalam bidang Bahasa Arab dari kolej Universiti Insaniah atau mana-mana Universiti yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia dan Senat Universiti.

· Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau gred B bagi semua kursus yang berkaitan dengan bahasa Arab.

· Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab (اللغة العربية والدراسات الإسلامية) yang mendapat Jayyid Jiddan boleh dipertimbangkan, walau bagaimanapun mereka wajib lulus ujian lisan di peringkat kuliyyah.

· Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab atau Pengajian Islam dari universiti luar Negara juga diterima.

Program Ijazah Doktor Falsafah

· Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Bahasa Arab dari Kolej Universiti Insaniah atau mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Senat ; atau 

· Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diiktiraf oleh Senat ; atau

· Calon diwajibkan mengambil subjek Recher Methodology (LMB 7993) atau mempunyai sijil yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Senat.

Yuran Pengajian

BANTUAN KEWANGAN 

Pinjaman Dan Bantuan Pendidikan Biasiswa

Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan Pinjaman Pendidikan PTPTN.

Bagi anak kelahiran kedah atau salah seorang daripada ibu atau bapa kelahiran Kedah, bolehlah memohon bantuan dalam bentuk Biasiswa melalui Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Biasiswa atau Pinjaman melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ( LBNK ) dari Wisma Darulaman serta bantuan wang zakat daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

HUBUNGI KAMI

Dekan Kulliyyah Bahasa Arab
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Star,
Kedah Darulaman.

No. Tel : 04-7374359
No. Fax : 04-7374359

0 comments:

Post a Comment

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
Design by @NJANGD@HAR | MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH