ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Wednesday 15 August 2012

PERUTUSAN RASMI HARI RAYA 'AIDIL FITRI


PERUTUSAN RASMI HARI RAYA 'AIDIL FITRI
ITTIHAD TULLAB LUGHAH ‘ARABIAH [ITLA’]

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat Iman dan Islam, hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang agama Allah terdahulu. Sama-samalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberikan kemudahan kepada kita semua untuk menyambut ‘Aidil Fitri Al-Mubarak ini bertepatan pula dengan cuti pertengahan semester. Tidak lupa selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul yang telah menyempurnakan misi dakwah kepada umat manusia agar mereka menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

Sahabat-sahabat yang dirahmati oleh Allah S.W.T sekalian..

Lihatlah dengan mata hati anda.. Sambutan Hari Raya ‘Aidil Fitri Al-Mubarak merupakan kesinambungan kejayaan kita menjalani ibadah puasa di madrasah Ramadhan selama satu bulan. Jiwa dan lahiriah kita telah terdidik dengan menjaga hawa nafsu dan menjauhi perkara-perkara mungkar. Maka di sini, kami di pihak Ittihad Tullab Lughah ‘Arabiah [ITLA’] menyeru kepada seluruh mahasiswa Kuliyyah Bahasa Arab khususnya dan seluruh mahasiswa Kolej Universiti Insaniah amnya untuk menjadikan intipati sambutan hari raya pada kali ini sebagai pemangkin untuk melaksanakan kerja-kerja kebaikan yang dapat memartabatkan kembali kegemilangan Islam. Percayalah bahawa kerja-kerja Islam tidak akan terlaksana dengan sempurna kecuali yang tecerna dari hati nurani yang ikhlas dan bersih di jiwa setiap individu muslim.

Sahabat-sahabat seakidah sekalian.

Justeru, kami di pihak Ittihad Tullab Lughah ‘Arabiah [ITLA’] menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk menjadikan intipati kejayaan kita apabila selesai ditarbiyyah di madrasah Ramadhan kali ini disamping bergembira di Hari Raya ‘Aidlfitri sebagai batu loncatan untuk terus maju, dengan menjadikan kecemerlangan akademik sebagai hadiah buat ummah.

Akhirnya, jadikanlah anugerah dan nikmat Allah S.W.T pada kali ini sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Pastikan hati dan jiwa kita terjaga sepanjang kita menyambut ‘Aidil Fitri kali ini, biarlah tingkahlaku kita selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT mengalir dalam jiwa umat Islam.
Selamat Hari Raya ‘Aidil Fitri 1433 H.

Kami dari barisan kepimpinan ITTIHAD TULLAB LUGHAH ‘ARABIAH [ITLA’] mengucapkan maaf zahir dan batin. Ampun dan maaf jika ada kesilapan jua kesalahan dari kami di pihak ITLA', tanpa kami sedari yang mana mungkin telah mengguris hati sahabat-sahabat.. 

“MEMARTABATKAN BAHASA MERAPATKAN UKHUWWAH”
كل عام وأنتم بخير

2 comments:

Unknown said...

semoga kalian terus sukses dalam menjana pemikiran mahasiswa mahasiswi Insaniah.Tak mengapa letih dan lesu dalam meneroka,kerana kalianlah akan terbinanya bangunan. Ingatlah,tangungjawab dan amanah di atas bahu kalian. Gagahinya sebaik yg mungkin, insyaAllah.. Kullu am wa antum bikhair. selamat hari raya ..

ITTILA' said...

Syukran buat Bicara Dipinggirpintu.. Taujihaat yang sangat memberi kesan kepada kami dibarisan ITLA'.. Barakallahu fiikum..

Kami akan sedaya upaya menyusun dan menggerakkan persatuan ini agar dapat membangunkan generasi mahasiswa mahasiswi yang taat pada perintah Allah malah mampu menggerakkan ummah dan masyarakat selepas bergelar graduan nanti..

Syukran sekali lagi atas doa, nasihat dan taujihaat yang diberikan..

Kullu 'aam wa antum bi khair... Selamat Hari Raya juga kami ucapkan buat Bicara Dipinggirpintu..

Post a Comment

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH