Kita tidak dapat
menafikan sehari-harian kita bercakap atau bertutur dalam Bahasa Arab, sama ada
disedari atau tidak. Contohnya dalam solat kita bertutur dalam Bahasa Arab
tetapi kadang-kadang kita tidak faham kesemua maksudnya. Oleh itu akan
menyebabkan kurang khusyuk jika sekiranya kita tidak memahami akan maksud apa
yang kita bacakan di dalam solat kita. Sebenarnya untuk belajar Bahasa Arab
adalah tidak sesusah yang disangka. Sepertimana kata pepatah, "Di mana ada
kemahuan di situ ada jalan". Kebanyakan daripada kita pada hari ini
memandang sepi akan bahasa ini dan lebih kepada bahasa-bahasa lain di dunia.
Tidak ada salahnya mempelajari bahasa ini dan juga bahasa lain kerana semuanya
adalah datang daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Apa-apa pun dengan adanya kesungguhannya daripada semua pihak, insya-Allah
diharap sama-sama kita dapat menguasai Bahasa Arab kerana sesungguhnya Bahasa
Arab itu adalah bahasa Al-Quran dan juga bahasa Syurga. Pada permulaan ini,
marilah kita sama-sama berkongsi ilmu Bahasa Arab. Kepada ahli-ahli yang sudah
mahir boleh membantu dengan memberi komen yang sewajarnya.
Pihak kami sangat berharap dapat membantu sesiapa sahaja untuk menguasai Bahasa
Arab ini. Di harap usaha yang sedikit ini akan mendapat ganjaran daripada-Nya.
Pertamanya seperti anda mempelajari Bahasa Inggeris memerlukan kamus begitu
juga dengan mempelajari Bahasa Arab. Pelbagai kamus sudah ada di pasaran sekarang.
Berbelanjalah sedikit untuk mendapatkan manfaat yang banyak.
Maka,
program-program yang disusun dan dilaksanakan oleh persatuan ini adalah
bertujuan untuk membantu mahasiswa dan mahasiswi dalam menguasai Bahasa Arab
itu sendiri. Selain itu, ia memberikan pendedahan tentang kepentingan dan
kelebihan Bahasa Arab masa kini. Pihak persatuan juga telah menjemput para pensyarah
untuk turut serta bagi menyampaikan teknik-teknik menguasai Bahasa Arab malah bagi
mengungkapkan keajaiban Bahasa Arab serta membina karier atau kerjaya dan masa hadapan mahasiswa dan mahasiswi apabila bergelar graduan INSANIAH nanti.
Di mana ia menjurus ke arah pembinaan minat mahasiswa dan mahasiswi dalam
penguasaan Bahasa Arab malah meneruskan kesinambungan persatuan untuk
memartabatkan Bahasa Arab di dalam kampus mahupun di luar kampus.
0 comments:
Post a Comment