ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Thursday 6 December 2012

Majlis Penutup MSR Dec 2012


INSANIAH, 6 Dis. – Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni Kolej Universiti INSANIAH, Prof. Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff menggariskan tiga elemen penting iaitu ilmu, amal dan taqwa sebagai kunci menjadi pelajar cemerlang. 

Perkara itu disuarakan dalam ucapannya di hadapan lebih 300 pelajar baru pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim (MSR) dan Lafaz Ikrar Pelajar Pengambilan Disember 2012 di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini. 

Menurut beliau tiga elemen berkenaan perlu disertakan azam kuat dan usaha berterusan tanpa mengenal erti jemu bagi memastikan hasrat mereka tercapai. Beliau turut mengingatkan mereka agar sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. memohon dipermudahkan mendapat ilmu disampaikan. 

Terdahulu MSR yang bermula sejak 3 Disember lalu dan melabuhkan tirainya hari ini dengan lafaz ikrar diketuai Mohd. Nasrul Islam Mohd. Darus bermakna bermulanya fasa baru kehidupan mereka sebagai mahasiswa dan mahasiswi di INSANIAH.

0 comments:

Post a Comment

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH