ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Sunday 2 December 2012

Karnival Amal Islami IPT Islam Malaysia (IPTIM) 2012


KOTA BAHRU, 14 Nov. – Kontinjen Kolej Universiti INSANIAH menamatkan saingan di tempat kedua daripada sembilan kontinjen bertanding pada Karnival Amal Islami Intitusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) 2012 di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang berakhir hari ini.

Karnival yang bermula 12 November lalu menyaksikan INSANIAH mengungguli lima daripada 12 acara yang dipertandingkan. Pingat emas dimenangi menerusi acara Keceriaan Masjid, Tilawah Al-Quran Siswa, Tilawah Al-Quran Siswi, Hafazan 5 Juzuk Siswi dan Hafzan 15 Juzuk Siswa. 

Bagi acara Khat Siswi, Hafazan 15 Juzuk Siswi, Khutbah Jumaat, Pidato Bahasa Malaysia Siswa dan Debat Bahasa Arab, INSANIAH mendapat pingat perak. Bagi acara Pidato Bahasa Inggeris Siswa dan Debat Bahasa Malaysia Siswi, peserta INSANIAH turut tidak menghampakan apabila menduduki tempat ketiga.

0 comments:

Post a Comment

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH