ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Saturday, 26 January 2013

Mukhayyam 'Arabi Ke-4


Kini Mukhayyam 'Arabi kembali lagi. Mungkin kita agak sibuk dengan urusan tertentu tambahan sekarang tengah cuti pertengahan semester. Moga setiap urusan yang kita lakukan akan dapat mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta, insya-Allah.

Sebagai pengenalan, Mukhayyam 'Arabi adalah program yang dianjurkan oleh Ittihad Thullab Lughah 'Arabiah (ITLA'). Ia merupakan program tradisi bagi Persatuan Bahasa Arab Insaniah.

Bahasa arab merupakan bahasa percakapan antarabangsa yang diiktiraf dunia. Mungkin ramai yang tidak menyedari kepentingan belajar bahasa Arab dalam hidup mereka. Jika ditanya, kenapa belajar bahasa Arab; mesti ramai yang menjawab kerana bahasa Arab adalah bahasa Al-quran, bahasa pertuturan ahli syurga dan bahasa Nabi Muhammad S.A.W. Ini memang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W di dalam hadis baginda. Namun, apakah implikasi dan impaknya dalam dunia kita sekarang?

Persoalan itu yang saya timbulkan supaya kita memandang bahasa Arab ini bukan sekadar sebagai ilmu sampingan tetapi menjadi sebagai PERKARA ASAS dalam hidup kita. Hujah utama dalam penguasaan bahasa Arab dalam kehidupan kita ialah terutamnya bagi umat Islam ialah kerana banyak ilmu Islam lahir dari negara Arab dan kebanyakan sumbernya datang dalam bahasa Arab.

Perkara ini menjadi suatu faktor utama untuk orang Islam belajar bahasa Arab, antara lain sebagai suatu formula untuk kita khusuk dalam solat dengan cara kita memahami setiap makna ayat yang dibacakan dalam solat. Banyak lagi kepentingan kita mempelajari bahasa Arab sebagai suatu aset penting sebagai seorang muslim.

Semoga program Mukhayyam 'Arabi seperti ini dapat diteruskan agar kesinambungan bahasa agung Islam ini dapat dimajukan dan diserapkan dalam diri kita semua. Semoga ia akan berjalan dengan lancar, insya-Allah..

0 comments:

Post a Comment

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH