ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Wednesday, 26 December 2012

INSANIAH UNIVERSITI UMMAH

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Kampus Tetap Kolej Universiti INSANIAH kini bersedia untuk menerima pelajar bagi sesi pengajian Mei 2013. Projek yang bermula pada 18 Februari 2009 telah berjaya disiapkan mengikut perangcangan. Kampus yang seluas 330 ekar dengan kos RM 330 juta ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Bermula hanya dengan 7 program kini INSANIAH menawarkan 47 program pelbagai disiplin pengajian daripada Asasi hingga PHD termasuk perubatan.

Alhamdulillah baru-baru ini kesemua Kepimpinan Persatuan Eksekutif Muamalat (PERTEMU) bersama semua Staf Akademik & Pentadbiran Kulliyyah Muamalat telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Kampus Baru Kolej Universiti INSANIAH di Kuala Ketil. Pihak rombongan telah diberikan penerangan berkaitan proses pembangunan kampus baru ini oleh Prof. Dr. Mohd. Muslim, Pengarah Pembangunan Kampus Kuala Ketil.

Seterusnya pihak rombongan telah dibawa melawat sekitar kampus baru ini antaranya Bangunan Canselori, Bangunan Kulliyyah Muamalat, Bangunan Perpustakaan & Dewan Utama di kampus baru ini. Turut bersama dalam rombongan ini ialah YBhg. Dato' Latifah Hassan, Pendaftar Baru KUIN, Prof. Madya Hj. Abdul Aziz Bin Abdul Kadir, Dekan Kulliyyah Muamalat & En. Masri Azrul Bin Nayan, Penasihat PERTEMU, Timbalan-timbalan Dekan Kulliyyah Muamalat & Ketua-ketua Jabatan Kulliyyah Muamalat.

"Banner Sayangi Kedah"

Bangunan Censelori tersergam indah

Pemandangan dari tingkat 5

Wakaf : Tempat beristirehat

Pokok Kurma ditanam bagi mengindahkan persekitaran KUIN

SUMBER :
WEBLOG PERTEMU [ http://pertemuinsaniah.blogspot.com/ ]



0 comments:

Post a Comment

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH