PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH ditubuhkan pada tahun 2009, hasil perbincangan dua hala di antara mantan Dekan Kuliyyah Bahasa Arab, Prof. Madya Dr. Mohd Bakhir bin Haji Abdullah (AMK) bersama semua pelajar Tahun Empat Kulliyyah Bahasa Arab dan kemudiannya bersetuju untuk melantik barisan exco yang dipimpin oleh saudara Muhyiddin bin Ishak yang merupakan Presiden Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah yang pertama bagi sesi 2009/2010.Pada sesi 2010/2011, Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Syafiq bin Ishak bagi menyambung tugas dan amanah yang telah dipikul oleh mantan pengerusi yang lepas.
Pada sesi 2011/2012, di mana hasil perbincangan semula bersama Dekan Kulliyyah Bahasa Arab, Dr. Usama El Sayed Mohamed dan Timbalan Dekan Kulliyyah Bahasa Arab, Sheikh Ali Mohamed Isa disepakati oleh semua barisan ahli jawatankuasa Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab yang baru dilantik untuk sesi 2011/2012 telah bersetuju untuk membuat penjenamaan semula PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB kepada ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH (ITLA’) . Kini, ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH diterajui oleh Presidennya, saudara Khalidul Anuar bin Yusoh bersama barisan ahli jawatankuasanya membawa visi, misi dan moto persatuan yang baru bermula pada sesi 2012/2013.
VISI
Melahirkan generasi mahasiswa yang fasih berbahasa Arab dengan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
MISI
Memberi peluang khidmat sukarela di kalangan mahasiswa INSANIAH untuk membangunkan aktiviti-aktiviti yang boleh menjadikan Kolej Universiti Insaniah dalam "Biah Arabiah".
Membentuk mahasiswa INSANIAH yang fasih dan faqih dalam berbahasa Arab agar dapat menjadi ulama’ dan professional selepas bergelar graduan.
Melahirkan mahasiswa INSANIAH yang mampu menyelidik, menterjemah dan mendalami ilmu-ilmu agama yang ada di dalam kitab-kitab Thurath yang kebanyakannya dalam Bahasa Arab.
Info Mohd Daharudin Haji Daud
-
[image: Mohd Daharudin]
*Biodata Ringkas* Mohd Daharudin Haji Daud
Lihat
Mohd Daharudin bin Haji Daud
Biodata Klik di sini About Click here
JAMUAN AIDILFITRI ASASI & ALUMNI ASASI 2013.....
-
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog pusat pengajian asasi...
Semoga tarbiyah ramadhan menjadikan kite muslim yang lebih baik dari
sebelumnya...
Ni...
Biodata Nabi
-
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
‘Nabi’ adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kep...
SALAM EIDULFITRI - HUTANG
-
Dalam sirah Rasulullah SAW pernah Baginda duduk semasa jenazah diletakkan
dihadapan Baginda untuk disembahyangkan. Baginda SAW mengangkat kepalanya
ke...
Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog Ittihad Tullab Lughah Arabiah (ITLA') yang baru sahaja dibina untuk kemudahan mahasiswa, mahasiswi INSANIAH dan juga kepada para pengunjung untuk mengenali persatuan.
Di dalam blog ini, Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH (ITLA') akan sedaya upaya dengan izin Allah untuk menyediakan maklumat-maklumat yang berguna di samping akan menyampaikan perkara-perkara yang terkini kepada ahli persatuan dan juga kepada pengunjung blog ini.
Segala komen dan cadangan anda, amatlah kami alu-alukan..
INSANIAH Login
Kata-kata Nasihat
Amat rugilah manusia yang tidak memanfaatkan waktunya untuk berbakti.
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"
[Surah al-Ashr (Masa) : 1-3]
"Persediaan terbaik untuk Hari Esok ialah melakukan semua tugasan Hari Ini dengan sempurna"
0 comments:
Post a Comment