ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Saturday, 26 January 2013

المصطلحات


Nota : Untuk Melihat Gambar Dengan Jelas klik di sini


Nota : Untuk Melihat Gambar Dengan Jelas klik di sini




Mukhayyam 'Arabi Ke-4


Kini Mukhayyam 'Arabi kembali lagi. Mungkin kita agak sibuk dengan urusan tertentu tambahan sekarang tengah cuti pertengahan semester. Moga setiap urusan yang kita lakukan akan dapat mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta, insya-Allah.

Sebagai pengenalan, Mukhayyam 'Arabi adalah program yang dianjurkan oleh Ittihad Thullab Lughah 'Arabiah (ITLA'). Ia merupakan program tradisi bagi Persatuan Bahasa Arab Insaniah.

Bahasa arab merupakan bahasa percakapan antarabangsa yang diiktiraf dunia. Mungkin ramai yang tidak menyedari kepentingan belajar bahasa Arab dalam hidup mereka. Jika ditanya, kenapa belajar bahasa Arab; mesti ramai yang menjawab kerana bahasa Arab adalah bahasa Al-quran, bahasa pertuturan ahli syurga dan bahasa Nabi Muhammad S.A.W. Ini memang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W di dalam hadis baginda. Namun, apakah implikasi dan impaknya dalam dunia kita sekarang?

Persoalan itu yang saya timbulkan supaya kita memandang bahasa Arab ini bukan sekadar sebagai ilmu sampingan tetapi menjadi sebagai PERKARA ASAS dalam hidup kita. Hujah utama dalam penguasaan bahasa Arab dalam kehidupan kita ialah terutamnya bagi umat Islam ialah kerana banyak ilmu Islam lahir dari negara Arab dan kebanyakan sumbernya datang dalam bahasa Arab.

Perkara ini menjadi suatu faktor utama untuk orang Islam belajar bahasa Arab, antara lain sebagai suatu formula untuk kita khusuk dalam solat dengan cara kita memahami setiap makna ayat yang dibacakan dalam solat. Banyak lagi kepentingan kita mempelajari bahasa Arab sebagai suatu aset penting sebagai seorang muslim.

Semoga program Mukhayyam 'Arabi seperti ini dapat diteruskan agar kesinambungan bahasa agung Islam ini dapat dimajukan dan diserapkan dalam diri kita semua. Semoga ia akan berjalan dengan lancar, insya-Allah..

Sunday, 20 January 2013

Ijtima' Sanawi ITLA' Sesi 2012/2013













IJTIMA' SANAWI : merupakan satu program tahunan ITTIHAD THULLAB LUGHAH 'ARABIAH..

PROGRAM BERMULA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

Lebih biasa dikenali dengan nama AGM, Annual General Meeting @ boleh juga disebut MUKTAMAR SANAWI bagi Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab..

Munasabah pemilihan nama program ialah :

1) Disebabkan hanya dibuat pada waktu yang singkat, hanya 3 jam sahaja untuk berkumpul.. maka jawatankuasa pelaksana program memilih perkataan (IJTIMA') dari perkataan (MUKTAMAR)..

2) Program ini diadakan bertujuan mengumpulkan semua ahli ITLA' khususnya pelajar-pelajar Kulliyyah Bahasa Arab.. untuk memperkenalkan Barisan Kepimpinan ITLA' yang baru disamping membentangkan aktiviti2 yang telah dilaksanakan dan membentangkan laporan kewangan..

Nota :
1) Surat pelepasan kelas akan disediakan, semua pelajar Kulliyyah Bahasa Arab diwajibkan untuk hadir ke program ini.

2) Kehadiran akan diambil.

Sunday, 13 January 2013

Promosi Hebat


Friday, 11 January 2013

LAGU RASMI INSANIAH



Lagu Rasmi KUIN (INSANIAH)
Telah dirasmikan pada Minggu Silaturrahim (MSR) - mahasiswa/wi baru second intake sesi 2012/2013

Tahniah buat INSANIAH

Judul dan liriknya :

~“INSANIAH INSPIRASI UMMAH”~

Maju melangkah demi satu arah
Janji disemat capai satu hasrat
Mewarnai…
Menghiasi…
Mengharumi…
Taman ilmu ini…

“INSANIAH Inspirasi Ummah”
Berjuang dengan amanah
Sebagai Khalifah…
Di bumi Allah…
Tak akan goyah…
Demi satu ummah

Mahu sedaya seribu usaha
Iringan doa semoga berjaya
Mewarnai…
Menghiasi…
Mengharumi…
Taman ilmu ini…

“INSANIAH Inspirasi Ummah”
Berjuang dengan amanah
Sebagai Khalifah…
Di bumi Allah…
Tak akan goyah…
Demi satu ummah

Mahu sedaya seribu usaha
Iringan doa semoga berjaya
Mewarnai…
Menghiasi…
Mengharumi…
Taman ilmu ini…

(in Arabic)
Al-hikmatu.. dollatul mukmin
Nahtimmu a’la wehdatul muslimin

VIDEO INSANIAH UNIVERSITI UMMAH



Satu projek kebanggaan rakyat Kedah, dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah... 
Syukur al-hamdulillah... Semoga harapan dan doa ingin melihat kecemerlangan tamadun Islam di Kedah dimakbulkan. Aamiiin.

Wednesday, 26 December 2012

INSANIAH UNIVERSITI UMMAH

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Kampus Tetap Kolej Universiti INSANIAH kini bersedia untuk menerima pelajar bagi sesi pengajian Mei 2013. Projek yang bermula pada 18 Februari 2009 telah berjaya disiapkan mengikut perangcangan. Kampus yang seluas 330 ekar dengan kos RM 330 juta ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Bermula hanya dengan 7 program kini INSANIAH menawarkan 47 program pelbagai disiplin pengajian daripada Asasi hingga PHD termasuk perubatan.

Alhamdulillah baru-baru ini kesemua Kepimpinan Persatuan Eksekutif Muamalat (PERTEMU) bersama semua Staf Akademik & Pentadbiran Kulliyyah Muamalat telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Kampus Baru Kolej Universiti INSANIAH di Kuala Ketil. Pihak rombongan telah diberikan penerangan berkaitan proses pembangunan kampus baru ini oleh Prof. Dr. Mohd. Muslim, Pengarah Pembangunan Kampus Kuala Ketil.

Seterusnya pihak rombongan telah dibawa melawat sekitar kampus baru ini antaranya Bangunan Canselori, Bangunan Kulliyyah Muamalat, Bangunan Perpustakaan & Dewan Utama di kampus baru ini. Turut bersama dalam rombongan ini ialah YBhg. Dato' Latifah Hassan, Pendaftar Baru KUIN, Prof. Madya Hj. Abdul Aziz Bin Abdul Kadir, Dekan Kulliyyah Muamalat & En. Masri Azrul Bin Nayan, Penasihat PERTEMU, Timbalan-timbalan Dekan Kulliyyah Muamalat & Ketua-ketua Jabatan Kulliyyah Muamalat.

"Banner Sayangi Kedah"

Bangunan Censelori tersergam indah

Pemandangan dari tingkat 5

Wakaf : Tempat beristirehat

Pokok Kurma ditanam bagi mengindahkan persekitaran KUIN

SUMBER :
WEBLOG PERTEMU [ http://pertemuinsaniah.blogspot.com/ ]



Monday, 17 December 2012

4 Perbezaan Kalimah "AMIN"


Saturday, 15 December 2012

FOCUS ON THE PLEASURE OF YOUR MAKER



 - Mufti Ismail Menk -
Jumaah Khutbah at the International Islamic University Malaysia on the 14 Dec 2012.

Wednesday, 12 December 2012

BARISAN EXCO ITLA' SESI 2012/2013



MAJLIS TERTINGGI


PENAUNG DAN MUSYRIF
DEKAN : DR. USAMA EL SAYED MOHAMED


TIMBALAN DEKAN : SHEIKH ALI BIN MOHAMED ISA

PENASIHAT
MOHD SHAHRIZAN BIN ABDUL MUTALIB


HARLIZA BINTI BANI HASHIM

PRESIDEN
KHALIDUL ANUAR BIN YUSOH

TIMBALAN PRESIDEN
SHEILLAH MEI K.DIAZ

SETIAUSAHA
MUHAMMAD NUR AKMAL BIN SAFIE

TIMBALAN SETIAUSAHA
NOOR IZZATI BINTI ABD WAHAB

BENDAHARI
MUHAMMAD FAUWAZ BIN ISMAIL

TIMBALAN BENDAHARI
MAZIDAH BINTI MOHAMAD ZOL

SENARAI UNIT/BIRO ITLA'

LAJNAH AKADEMIK
KETUA : ASYRAF BASYIR BIN AHMAD


TIMBALAN : NUSOIBAH BINTI MUSTAFA

LAJNAH KEBAJIKAN

KETUA : MOHD MUSTAQIM BIN IBRAHIM


TIMBALAN : SITI NOOR ADHA BINTI BAKAR

LAJNAH PENERBITAN
KETUA : MOHAMMAD SAYUTI BIN HAJI IDRIS


TIMBALAN : SYAZANA BINTI AHMAD

LAJNAH TEKNIKAL
KETUA : MOHD AMIRUDDIN BIN YUSOP


TIMBALAN : NURUL AKMAL BINTI MD NOOR

LAJNAH ANTARABANGSA
KETUA : AHMAD BIN MOHAMAD YUNUS @ ABDULLAH

TIMBALAN : SITI NOR HIDAYU BINTI MOHD ROSDI

LAJNAH EKONOMI
KETUA : MUHAMMAD YASIER BIN MOHD ZAHIR


TIMBALAN : SURYANI BINTI FACHRURRAZI

LAJNAH PENYELIDIKAN
KETUA : MOHD AMIRUL BIN YAAKOB

TIMBALAN : AISHAH BINTI ABDUL HADI

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH